Pemborong dan peruncitan halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) membuka cawangan ke-69 iaitu MYDIN Mart Pantai Dalam di sini pada Sabtu.

Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Yang Berhormat Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi) dan Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Mydin memotong riben sebagai simbolik pembukaan MYDIN Mart Pantai Dalam.

Sementara itu, Fahmi berkata, pembukaan MYDIN Mart disambut baik oleh warga Lembah Pantai yang sering mendambakan produk termasuk makanan dengan harga berpatutan.

Pada majlis itu, beliau turut mengingatkan peniaga lain untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan susulan penyasaran subsidi diesel dilakukan kerajaan.

“Tiada keperluan kenaikan harga barang dilakukan disebabkan subsidi diesel bagi sektor logistik iaitu pengangkutan yang menghantar barangan masih diteruskan.”