Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menerusi program tanggungjawab sosial korporat Mydin Prihatin terus mengukir senyuman bagi memaknai sambutan perayaan Aidilfitri golongan yang memerlukan.

Selari dengan tema kempen “Happening Raya” tahun ini, MYDIN menambah happening raya dengan memaknai syawal dengan berkongsi rezeki kepada lebih 2,000 individu memerlukan.

Usaha “Maknakan Syawal” ini berganding bahu bersama 43 rakan strategik MYDIN Prihatin bagi membantu persiapan perayaan anak – anak yatim, warga emas serta kumpulan B40 yang dikenalpasti Jabatan Kebajikan Masyarakat.

MYDIN Prihatin juga berkesempatan menyantuni anak- anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Selangor dan warga emas dari Rumah Sri Kenangan Cheng, Melaka pada majlis berbuka puasa yang diadakan dengan kerjasama Cyberview Resort dan Spa yang diadakan pada 15 Mac 2024.

*Anak- anak Yatim Rumah Amal Limpahan Kasih menerima sumbangan kelengkapan baju raya

Dalam pada itu, MYDIN Prihatin turut berganding bahu bersama Media Prima, melalui program Wanita Hari Ini mengadakan program rewang berbuka puasa dan sumbangan bakul makanan kepada hampir 700 penduduk PPR Lembah Subang 2, Selangor.

* Agihan kotak sumbangan MYDIN Prihatin kepada penduduk PPR Lembah Subang 2

Semoga usaha – usaha kecil ini membawa senyuman buat masyarakat serta memberi lebih makna buat Syawal tahun ini.

MYDIN Prihatin Maknakan Syawal Lebih 2,000 Insan Memerlukan