MYDIN sebagai pemborong dan peruncit Halal terbesar tempatan terus komited membawa kegembiraan meraikan sambutan Ramadan dan Aidilfitri kepada orang ramai menerusi kempen “Happening Raya” bagi menawarkan penjimatan persiapan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

*YB Datuk Seri Noraini Ahmad memberi ucapan pelancaran kempen Happening Raya

Pelancaran kempen Happening Raya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di MYDIN, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di MYDIN Seremban 2 pada 7 Mac 2024.

Kempen ini bertujuan memberi kemudahan persediaan Ramadan dan Aidilfitri orang ramai sambil menekankan aspek sosio – kemasyarakatan bagi mengukuhkan institusi masyarakat. Antara aktiviti menarik yang telah diatur, Program Jelajah Iftar Ala Madinah yang menyasarkan agihan makanan Iftar kepada 11,000 anggota masyarakat.

Lokasi ini melibatkan cawangan MYDIN terpilih iaitu MYDIN USJ (Selangor) MYDIN Seremban 2 (Negeri Sembilan), MYDIN MiTC (Melaka), MYDIN Meru Raya (Perak), MYDIN Bukit Mertajam (Pulau Pinang), MYDIN Gong Badak (Terengganu), dan MYDIN Tunjong (Kelantan.

*Rakan kerjasama strategik MYDIN Pprihatin mengumpul dana mengukir senyuman golongan yang memerlukan.

MYDIN juga turut menjalin kerjasama dengan 43 rakan strategik bagi mengumpul dana MYDIN Prihatin untuk disumbangkan kepada golongan B40 di seluruh negara membuat persiapan keperluan perayaan. Setiap nilai pembelian produk terpilih sejumlah dana akan disalurkan ke dana MYDIN Prihatin.

Menambah “Happening Raya”, MYDIN juga menawarkan pelbagai peraduan, ganjaran dan rebat menarik sepanjang kempen berlangsung sehingga 11 Mei 2024.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my

MYDIN “Happening Raya” Ukir Kegembiraan Ramadan dan Aidilfitri