*Mohd Azwan Ahimmat and Datin Wira Dr Hjh Siti Hawa, Director of MYDIN and YB Michelle Ng Mei Sze (ADUN Subang Jaya) with the beneficiaries of Kongsi Rezeki at Pertubuhan Kebajikan Subang Jaya, Selangor

Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), membuka tujuh lagi MYDIN Mart menjadikan keseluruhan cawangan pasar rayanya di negara ini sebanyak 68 cawangan.

MYDIN Mart berkonsepkan kedai komuniti yang lebih mudah diakses masyarakat sekitar 3,500 sehingga 6,500 unit simpanan stok (SKUs) produk bergantung kepada saiz kedai runcit tersebut antara dua dan empat lot kedai.

Pembukaan cawangan baharu MYDIN Mart ini melibatkan lokasi Balakong Jaya (Seri Kembangan), Raja Muda Musa dan Bukit Kuda (Klang), Taman Kinrara (Puchong), Desa Latina (Shah Alam), Subang Angsana (Subang), dan Alam Suria (Puncak Alam) di Selangor.

Pada majlis yang berlangsung di MYDIN Mart Taman Kinrara tersebut, MYDIN melalui inisiatif MYDIN Prihatin turut menyumbang 50 bakul makanan kepada penduduk golongan B40 di PPR Pinggiran Bukit Jalil. Di samping itu, pelbagai aktiviti dan promosi dijalankan sepanjang majlis pembukaan tersebut, antaranya trak pensampelan, promosi barangan dan pelbagai lagi.