Penyerahan sijil pengiktirafan tersebut telah disaksikan Menteri Perpaduan Negara, Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang ketika beliau melancarkan kempen “Kongsi Meriah” yang dianjurkan di MYDIN USJ, Subang Jaya.

Aktiviti pengedaran dan pemasangan kraf naga kertas tersebut yang berlangsung sempena kempen Tahun Baharu Cina “Kongsi Meriah” bersama komuniti masyarakat setempat, pelanggan, kakitangan serta pelajar sekolah berdekatan cawangan – cawangan  MYDIN di seluruh negara.

YB Datuk Aaron berkata, beliau menyeru syarikat korporat dan swasta agar mencontohi inisiatif yang dilaksanakan oleh MYDIN dalam memupuk sikap perpaduan dan keharmonian masyarakat negara ini.

Selain itu, Kementerian Perpaduan Negara dan MYDIN melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat MYDIN Prihatin juga turut menjalin kerjasama dalam mengenalpasti dan mengagihkan bantuan sumbangan Bakul Rahmah MYDIN kepada 500 orang penerima di negeri Selangor, Melaka dan Johor.