*Program Menu Rahmah di MYDIN USJ, Subang Jaya, Selangor.

Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menjadi yang terawal menyokong usaha kerajaan melalui inisiatif Menu Rahmah bagi menangani isu harga makanan yang semakin meningkat. Progam Menu Rahmah, Kasih Sayang anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dilancarkan oleh Menteri PDN YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub serta Timbalan Menteri YB Puan Hajah Fuziah Binti Salleh pada 31 Januari 2023 di MYDIN USJ, Subang, Selangor.

*Lebih 20 pilihan Menu Rahmah diperkenalkan di MYDIN.

Bermula 1 Februari 2023, rakyat Malaysia boleh mendapatkan Menu Rahmah di segmen Ready to Eat (RTE) dan semua medan selera cawangan pasar raya besar MYDIN seluruh negara.

MYDIN yang sememangnya cukup dekat nadi rakyat, memperkenalkan set sarapan dan set makanan tengah hari pada harga yang sangat jimat dan murah tanpa berkompromi aspek rasa dan kualiti makanan yang dijual kepada pelanggan.

Pelanggan boleh menikmati sarapan menu rahmah terdiri daripada bihun, kuetiau, mi, nasi goreng dan nasi lemak pada harga RM2.50 setiap satu. Istimewa Menu Rahmah makanan tengah hari dan malam menampilkan menu berbeza setiap hari yang terdiri daripada set nasi beserta ayam atau ikan dan air pada harga RM4.90 sahaja setiap hari. Pengenalan Menu Rahmah ini memberi penjimatan hampir 50% kepada perbelajaan makanan harian, di mana pada kebiasaan harga makanan dijual pada harga RM8.90 dan ke atas.

MYDIN juga meneruskan komitmen membantu golongan memerlukan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat MYDIN Prihatin dengan menyalurkan 5,000 Pek Makanan Menu Rahmah kepada 5,000 pelajar – pelajar golongan B40 Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kerjasama di antara kerajaan dan pemain industri ini diharap dapat memberi solusi efektif kepada cabaran peningkatan kos sara hidup yang semakin menekan rakyat.