SEREMBAN: Sempena sambutan ulang tahun yang ke-65 yang seiring bulan Kemerdekaan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menganjurkan Kempen MYDIN 65 Tahun “Bersama Keluarga Malaysia” dan Kempen Beli Barangan Malaysia bagi menawarkan promosi dan penjimatan berganda bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Kempen ini telah dilancarkan oleh YB Dato’ Haji Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan telah mendapat kerjasama 84 jenama terdiri dari rakan-rakan strategik dan pembekal antaranya MyDebit, Atome, PnG, Shopee, Boost dan banyak lagi.

Pelbagai aktiviti dan promosi menarik telah dirangka sepanjang kempen berlangsung sehingga 30 Oktober 2022 ini. Bakal menjadi tumpuan antaranya ialah peraduan bersama rakan-rakan strategik kempen antaranya MyDebit, Boost dan banyak lagi yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1,000,000.

Selain itu, MYDIN turut menjalin kerjasama dengan KPDNHEP bagi menjayakan Kempen Beli Barangan Malaysia. Kempen tersebut bertujuan untuk menghidupkan kembali perniagaan tempatan khususnya Industri Kecil dan Sederhana yang terkesan akibat pandemik Covid-19 baru-baru ini. MYDIN juga memberi peluang kepada usahawan-usahawan baharu untuk memperkenalkan produk mereka dan memasuki pasarannya melalui peraduan “Pitch to Win”.

Tiga pemenang bagi peraduan “Pitch to Win” memenangi pakej pemasaran bernilai lebih RM100,000 dan berpeluang memasarkan produk mereka di seluruh cawangan MYDIN. MYDIN juga turut menganjurkan seminar keusahawan “Bersama Kita

Bangkit” oleh pakar-pakar industri perniagaan bagi memberi pendedahan kepada usahawan baharu dan bakal usahawan untuk menguruskan perniagaan dan memasarkan jenama mereka.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, “Kami amat memahami kesusahan dan bebanan yang ditanggung oleh Keluarga Malaysia terutamanya dalam tempoh mencabar ini dengan kenaikan kadar inflasi dan harga barangan akibat gangguan global.

Kebanyakan isi rumah dan peniaga terkesan akibat peningkatan harga barangan dan kita baru melalui fasa endemik dan masing-masing sedang berusaha untuk kembali pulih. Ini merupakan masa MYDIN untuk tampil bersama-sama mereka bagi

membantu dan meringankan perbelanjaan mereka”.

Pelanggan yang ingin menikmati harga diskaun ini boleh segera mendaftar sebagai Ahli Kad Meriah. Sebarang maklumat lanjut berkenaan kempen boleh melayari laman sesawang rasmi www.mydin.my